Perkhidmatan Mobile Team KWSP di PI Sibuti 2020

5 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

PI Sibuti dengan kerjasama Mobile Team KWSP Cawangan Miri telah menjalankan Program Perkhidmatan Mobile Team KWSP di PI Sibuti untuk memberikan perkhidmatan dengan mendekati pelanggan terutamanya kepada pelanggan yang berada jauh dari pejabat KWSP. Terapat beberapa perkhidatan yang disediakan. Antaranya adalah kempen pendaftaran i-akaun KWSP, percetakan penyata tahunan, semakan rekod penamaan, pendaftaran i-saraan atau i- suri, dan sebagainya. Sebelum bermulanya program berkenaan, para peserta didedahkan dengan portal sebenarnya.my.

Seramai 6 orang peserta yang juga merupakan penduduk setempat telah menyertai program tersebut. Program berkenaan telah berlangsung selama 4 jam iaitu bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali